Kesalahan tatabahasa sering dilakukan oleh pelajar. Jumlah kesalahan tatabahasa yang banyak menunjukkan pelajar tidak mahir menulis karangan. Kesalahan ini akan menjejaskan markah pelajar. Oleh itu, jangan memandang enteng terhadap kesalahan-kesalahan tatabahasa. Kesalahan yang terkumpul amat menjejaskan markah keseluruhan. Apatah lagi jika terdapat kesalahan-kesalahan yang dikategorikan sebagai serius seperti di bawah:
Sepatutnya: akan tetapi, namun begitu, ( penanda wacana )
... Manakala …, ...malah... ( ditulis untuk dua ayat )
( bak kata pepatah ... ) ditulis pada awal ayat.
Sepatutnya: ... Bak kata pepatah ...( ditulis sebagai sambungan ayat )
... Bah kata peribahasa melayu ...
Sepatutnya: …bak kata peribahasa melayu ... (bah membawa maksud banjir)
Sepatutnya: memberikan kasih sayang. Umumnya, kata kerja 'memberikan' perlu diikuti oleh tidak bernyawa manakala 'memberi' diikuti objek bernyawa.
Sepatutnya: hal / perkara ini menunjukkan... , hal ini demikian kerana ...,
*mempunyai banyak pilihan …
'Banyak' bukannya objek. 'Banyak ' ialah kata bilangan tidak tentu. Objek mesti kata nama.
Sepatutnya: ...mempunyai pilihan yang banyak / banyak mempunyai pilihan
Sebagai contohnya: antara faktor-faktor …, sepatutnya antara faktor. Pelbagai langkah-langkah …Sepatutnya, … Pelbagai langkah ...
Sebagai contohnya: dan lain-lain lagi, sepatutnya …aktiviti-aktiviti lain.
( berdasarkan perkara yang dibincangkan )
Sebagai contohnya: salah satu langkah untuk mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar adalah dengan menjalankan kempen. Ia perlu diadakan secara besar-besaran. "ia" sepatutnya digantikan dengan subjek perbincangan iaitu, kempen.
Pembetulan: kempen ini perlu diadakan ...
Sepatutnya: "dalam kalangan". Kata sendi "di" berfungsi untuk menunjukkan arah
Sepatutnya: selain daripada itu, ... Sepatutnya... Selain itu, ... Sehubungan itu, ...Sepatutnya ,…Sehubungan dengan itu, ...